Pileups : bagaimana menembusinya... | RF Circuits

Tuesday, July 16, 2013

Pileups : bagaimana menembusinya...

Seperti yang kita sedia maklum, pileups adalah satu longgokan atau tindanan signal-signal yang datangnya dari seluruh dunia atau arah yang menumpu kepada satu frekunsi sahaja. Fenomena pileups ini selalunya terjadi kepada station yang jarang ke udara atau station dari negara-negara yang kurang pengendali radio amateurnya dan disebut ( rare station). Syukur kepada tuhan kerana negara kita tergolong dalam kategori rare station. Jadi, jangan malu dan segan...setiap cq kita pasti menjadi rebutan diluar sana.



Apabila berlakunya pile up, bunyinya amat kurang selesa didengar kerana ia kedengaran umpama tebuan yang berlegar-legar ditepi telinga bagi cw mode dan umpama suasana di dalam pasar borong bagi ssb/lsb mode. manakala bagi mode psk31 dan rtty plak, tiada bacaan atau teks yang keluar, hanya blank sahaja.....



Tetapi apabila kita mendengar dengan teliti, kita akan dapat menangkap satu dua station yang callsignnya kedengaran sepenuhnya.

Bagaimana ia terjadi? Apakah skill yang digunakan? Bagaimana ia dapat menembusinya?

Jangan risau, segala persoalan ini akan terjawab sepenuhnya dalam post ini....

Disini ada beberapa kaedah atau cara yang boleh anda ikuti, antaranya...

a) Apabila anda cuba memanggil semasa pile up, lambatkan sedikit daripada rakan-rakan yang lain. Jangan cuba bersaing dengan mereka kerana selalunya mereka tx dengan kuasa yang amat tinggi seperti 1 kilowatt. biarkan kumpulan ini selesai dahulu kemudian dengan pantas anda hulur callsign anda pada penghujungnya...

b) Rendahkan atau naikkan sedikit tx fre, katakan dx station di 14.250.00, jadi cuba panggil pada 14.249.00 atau pada 14.251.00. Jangan risau, anda masih lagi boleh di dengar olehnya dan yang pastinya panggilan anda akan dijawab olehnya. Apabila callsign anda disebut, kembali semula kepada fre asal dx station itu tadi....Teknik ini amat sesuai untuk mode ssb dan cw. Terutama bagi station yang low power/qrp.



c) Sila sebut sekali atau dua kali sahaja callsign anda semasa check in, ada sesetengah station yang berulang-ulang kali menyebut callsignnya, habis tu macam mana dia nak tahu yang callsign dia dipanggil jika dia tidak berhenti??? Fikirkanlah...

d) Gunakan fonetik yang sama atau serupa dengan station yang berjaya menembusinya. sebagai contoh, katakan NINE MEXICO TWO ZANZIBAR AMERIKA KILOWATT berjaya mendapat contact dan callsign anda pula ialah 9m2kza, maka dicadangkan anda cuba tukar ke NINE MEXICO TWO KILOWATT ZANZIBAR AMERIKA.

Penjelasannya mudah, sekiranya banyak callsign yang masuk dan mereka menggunakan fonetik yang standard maka dx station akan sukar mendengarnya kerana ia akan jadi berdengung.

Jika anda tukar fonetik anda, maka dx station akan mudah mengenalinya kerana ianya lain dari yang lain.... cubalah...anda pasti berjaya menambahkan lagi koleksi DXCC anda.



Good Luck and Good Dx, 73 de 9m2zak

No comments:

Post a Comment